6 Tips Penting Untuk Pengembara Wanita SOLO.
6 Tips Penting Untuk Pengembara Wanita SOLO.
Hakikatnya, wanita tidak digalakkan untuk mengembara
sendirian. Carilah ahli keluarga, kawan-kawan, bff yang halal anda untuk pergi
mengembara bersama. Bagi yang sudah berkahwin, sudah pasti suami dan ahli
keluarga paling sesuai.
Namun, kadang kala, ada perempuan yang mahu berseorangan
mencari ketenangan sementara, melepaskan stress dan sebagainya.
Kami kongsikan beberapa tips bagi wanita yang mahu mengembara
sendirian.
#1 SELALU BERWASPADA:
![Image result for always be careful while travelling](https://static1.squarespace.com/static/562b1607e4b0b86405772d85/562c59fbe4b08c9d7b37702c/5a1efaf353450a5e8b56fe73/1515713947314/Untitled+design+%281%29+copy+3.png?format=1500w)
Walau dimana anda berada semasa berseorangan, pastikan selalu
berwaspada dan bijak menjaga diri. Jangan pernah terlihat takut, bimbang dan
ragu-ragu kerana ini membuatkan pemangsa terutama lelaki melihat peluang untuk
mengambil kesempatan ke atas anda.
Bawalah alat keselamatan diri seperti pisau lipat atau pepper
spray di dalam beg tangan setiap kali anda mahu melakukan perjalanan
sendirian.
#2 SIMPAN BENDA BERHARGA DENGAN SELAMAT
![Image result for always be careful while travelling](https://thesavvybackpacker.com/wp-content/uploads/2013/08/pickpocket-europe.jpg)
Wanita yang mengembara samada bersendirian mahupun
berkumpulan tidak digalakkan untuk memakai perhiasan yang boleh menarik
perhatian lelaki atau pemangsa yang ingin mengambil kesempatan.
Juga, simpan wang dan passport anda di tempat selamat dan elakkan mengeluarkannya di khalayak ramai.
Be simple and enjoy your trip.
#3 MEMAKAI PAKAIAN SOPAN
![Related image](https://www.wikihow.com/images/thumb/5/53/Look-Good-when-Traveling-Step-3-Version-2.jpg/aid87342-v4-728px-Look-Good-when-Traveling-Step-3-Version-2.jpg)
Hormati budaya dan adat setempat. Pakaian yang
menjolok mata atau terlalu menonjol akan menarik mata-mata melihat anda
seterusnya membuka peluang untuk mereka yang berniat jahat. Bagi wanita muslim,
pakaian menutup aurat dan sopan adalah pelindung terbaik saat anda mengembara
bersendirian.
Selain menghormati orang lain, kamu juga semakin merasa aman
karena tidak perlu disisih seperti saat orang asing memperhatikan kamu memakai
pakaian terbuka.
#4 BAWA BARANG YANG DIPERLUKAN SAHAJA
![Image result for reduce your baggage](https://ellessco.com/wp-content/uploads/2016/12/Padding-your-Luggage.jpg)
Bawa peralatan yang diperlukan sahaja semasa mengembara
bersendirian. Elakkan membawa barang-barang yang tidak terlalu diperlukan,
seperti alat make up lengkap dan baju tebal yang terlalu banyak.
Barang-barang
tidak perlu bukan sahaja akan menyebabkan beg anda berat malahan mungkin poket
anda bocor akibat terpaksa membayar lebihan berat bagasi di lapangan terbang.
Selain itu, beg bagasi yang berat akan memenatkan anda untuk
mengurus dan membawanya ke hulu ke hilir semasa perjalanan.
#5 SIMPAN NOMBOR TELEFON PENTING
![Image result for be careful girl](https://img.izismile.com/img/img8/20150617/640/when_you_message_a_new_girl_just_be_careful_she_isnt_bonkers_640_01.jpg)
Dapatkan nombor telefon polis atau agensi penting seperti pusat perlancongan,
kedutaan, hospital dan agensi setempat yang anda lawati semasa mengembara. Ini bagi memudahkan urusan semasa
berlakunya tragedy yang tidak diingini.
#6 MAKLUMKAN KEPADA AHLI KELUARGA ATAU RAKAN TERDEKAT
![Image result for inform your family before traveling](https://cdn.vox-cdn.com/thumbor/n7e_Hw4n58oVmhnFt6TucuxutDQ=/320x0:5440x3840/1200x800/filters:focal(320x0:5440x3840)/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_image/image/49521607/shutterstock_160135568.0.jpg)
Ini yang paling penting dalam kesemua enam tips yang kami kongsikan. Pastikan
anda memaklumkan kepada orang-orang terdekat berkenaan hajat anda untuk
mengembara seorang diri. Dapatkan restu ibubapa atau suami sebelum melangkah
kaki untuk mengembara.
Restu
mereka akan mengelakkan kita daripada ditimpa bala bencana semasa mengembara.
Ini juga dapat memastikan situasi semasa anda sentiasa diambiltahu oleh ahli
keluarga dan kenalan terdekat anda.
Penutup
Baiklah, itu sahaja yang dapat kami kongsikan pada hari ini.
Sekiranya anda mencari bas atau van sewa di Kelantan untuk ke
mana-mana destinasi di Seluruh Semenanjung Malaysia, sila hubungi Sila hubungi
kami En Tajulhakma -
017-9061022 (WhatsApp) atau 0139138211 untuk maklumat lanjut.
Atau anda bercadang untuk bercuti ke Pulau Perhentian?
Boleh dapatkan segala informasi yang diperlukan dari pegawai
kami En Munizam di 0199282878 untuk maklumat lanjut berkenaan Pulau Perhentian.
Selamat Bercuti
Comments
Post a Comment